MASALAH AKU MASALAH KORANG JUGA

Khamis, 8 Oktober 2009

Hari ni aku nak kongsi cerita tentang aku dan masalah kerja (tu pun kalau kau org semua nak baca laa).

takde la menarik sgt pun cerita ni.Cerita ni dah lama berlaku tp hari ni aku rasa mcm nak kongsi plak cerita

dgn korang2 semua (yg baca atau terbaca heheheh).


sebelum tu,cerita tentang masalah kat tempat kerja ni rasanya bkn aku sorang jek yg terlibat tapi

semua2 lah org yg bernama employee nih (speaking sikit).Atau ada gak ke pekerja yg sememangnya

takde masalah kat tempat kerja?Bagi aku kalau lah ade org2 / korang yg kata "selama aku kerja kat sini

tak pernah lg ade masalah baik dgn sesama pekerja atau majikan" sesungguhnya org2 ini tergolong dalam

insan yg amat bertuah.Tapi dlm hati aku "biar betul mamat/minah ni tak pernahnya ade masalah, pikir2 la

kalau nak tipu tahap cipan pun". Logic ke?


Mesti ade lah masalahnya. Yelah kalau dah ramai sgt pekerja mesti la byk kerenah/perangai ek.Yg pro cara

pro dan yg amatur cara amatur (mcm liga bolasepak plak).Campur lagi dgn yg ala2 diktator ade,lembab,

over rajin,malas,keras kepala (org terengganu kata keras keng) dll lah."sampai kat noktah sebelah tu mesti

terlintas kat benak pemikiran korang aku ni tergolong dlm golongan yg mana satu?". Aku rasa mcm tak berhak/layak utk

jawab soalan tu sebabnya aku tak bleh la nak menilai diri sendiri,klau aku jawab mesti la aku kata aku tergolong dlm

pekerja yg berhemah tinggi (hahaha kan ke korang marah/geram dgr jawapan cam tu ek). Hanya rakan2 yg bekerja sekali

dgn aku jek bleh bagi jawapan tuu..(yg betul2 ikhlas jek yg tak ikhlas tak aci)


Eh!!Berbalik pada cerita aku (jauh gak aku lelalut ni) pada satu pg, first day aku masuk kerja selepas aku offday mcm biasa lepas

hand over dr member yg shift mlm + baca report mana yg patut terus jek pegi cafe cari makanan.Balik dr cafe sambung kerja mcm

biasa.Tgh kusyuk2 buat kerja datang la sorang mamat ni mintak aku tolong signoff permit kerja yg dah tamat tempoh.Aku dgn muka

yang hemsem lagi mancho tak byk soal terus je tenyeh. Lepas jek sign mamat ni dgn muka yg tak berapa nak sudah (hahaha kasar sikit bahasa)

duduk lepak kat bilik aku.(walaupun aku tak jemput duduk). Sambil duduk tu dia bukak la cite yg semlm safety officer tangkap dia ngan

member2 dia sekali buat kerja tak mengikut procedure. Aku terkejut gak dgr tp aku tak kisah sgt yelah bkn aku yg kena tp mereka dan keluarga

mereka yg kena. Tulah tak nak buat betul2 (kalau nak main2 pergi la kat taman permainan ek).



cerita ni akan bersambung,tunggu.....

Cinta Lelaki Maskulin

Isnin, 7 September 2009

Cinta lelaki memang pelik dan aneh,tetapi juga unik. Ia pelik kerana hadir di jiwa seorang lelaki yang sebelumnya keras, kasar dan kurangromantis ; aneh apabila dia sudah lembut dan romantis mudah pula dia berasa sayu, pilu dansensitif hanya dengan kata-kata orang yangdicintainya. Semuanya ini melambangkan keunikan hati lelaki yang sukar difahami – adakalanya lunak, tetapi selalunya keras dan kurangsimpati.


Kesungguhan cinta seorang lelaki terpancar melalui :

1. Kesungguhannya dalam melakukan sesuatubuat kekasih atau isterinya itu, tanpa sedikit punterlihat keterpaksaan. Semuanya dilakukan denganrela, ceria dan penuh bahagia.

2. Dia berasa puas apabila dapat menghiburkan pasangannya.

3. Dia bukan seorang lelaki hipokrit yang tidakmemperdulikan apakah anda mengalirkan air matatatkala dia tertawa.

4. Dia lebih banyak menasihati kerana dia amatmenyayangi anda sebagai kekasihnya mahu punisterinya.

5. Dia mencemburui anda lantaran itu dia akanmengongkong kebebasan anda. Kongkongannyasemata mata oleh perasaan sayang dancemburunya yang meluap luap itu. Dia akan kerapmenyatakan ketakutannya jika kehilangan anda.Dia mudah merajuk dan sensitif apabila anda tidakmenumpukan perhatian sepenuhnya terhadapdirinya. Kadang kadang dia seperti anak kecildalam usaha mendapatkan layanan terbaikdaripada anda.

6. Kerajinannya ketara, tergambar melaluikesungguhannya melakukan apa sahaja asalkanmembahagiakan anda.

7. Kadang kadang dia merajuk kerana mahukankata kata lembut daripada anda. Dia berasa legadan gembira apabila mendapat kata kata pujukanyang amat didambakan oleh hatinya yang telahdiselaputi cinta itu.

8. Dia akan gelabah apabila berjauhan dengananda. Dia akan kerap menelefon, menghantar SMS dan kadang kadang katanya puitis sekali. Dia akankerap bertanya apakah anda masih mencintainya,padahal anda telah beberapa kali menyatakanbegitu terhadapnya.

9. Lelaki yang jujur dan cukup ‘mabuk’ dalam alampercintaannya pasti tidak akan melayanperempuan lain sewenang wenangnya. Dia berasaberdosa berbuat begitu tanpa pengetahuan kekasih atau isterinya.

4 Jenis Wanita Lelaki Elakkan

Mulut “Power Amp”
Sebenarnya dari perspektif lelaki, wanita yang yang kuat bercakap atau ‘talkative’ bukanlah jenis yang leceh, mengganggu, atau pun tidak. Itu bukanlah soalnya. Ada persepsi atau pendapat yang mengatakan dalam sehari, wanita menggunakan beribu lebih banyak perkataan berbanding lelaki. Apa yang ketara ialah ini bergantung kepada topik apa yang sedang diperkata atau dibincangkan.

Kalau subjek tentang sukan, kebanyakan lelaki akan bercakap lebih banyak berbanding wanita. Kalau subjek bertukar pula tentang sesuatu yang feminin seperti berkenaan bayi rakan yang baru dilahirkan, wanitalah yang selalunya akan bercakap lebih tentang subjek itu.
Kebanyakan wanita ‘dituduh’ bercakap banyak, atau kuat bercakap bila dalam keadaan yang sebenarnya, mereka bercakap lebih hanya disebabkan mereka berbincang tentang sesuatu subjek yang mereka suka sangat, bukanlah disebabkan ‘wanita memang bercakap banyak’.
Kebanyakan lelaki pula tidaklah begitu pandai bercakap sesama mereka seperti wanita bila berbual bersama rakan-rakan. Dalam dunia wanita, apa yang selalunya berlaku ialah, seorang bercakap, seorang lagi bercakap, semua boleh bercakap bersama dalam satu masa. “Join” sahaja dalam perbualan bila mood rasa nak “join”.

Dalam dunia lelaki, cara seperti ini dianggap tidak sopan kerana pandangan lelaki tentang perbualan adalah sama seperti ‘berhujah’. Dalam kata lain, bila yang seorang sedang bercakap, itu “turn” dia untuk bercakap dan tidak sepatutnya diganggu atau ‘disampuk’ sehinggalah dia habis bercakap. Mungkin bunyi macam ‘lebih’ jer, tapi yang pastinya lebih kurang macam tu la kebenarannya.

Oleh itu, bila seorang lelaki sedang menjawab soalan yang ditanya oleh seorang wanita, tiba-tiba wanita itu mula menyampuk mengutarakan pandangannya selama 10 minit yang seterusnya, lelaki itu selalunya akan terus diam begitu sahaja.

TIP: Lelaki bukanlah berbeza sangat dengan wanita dalam hal ini.Bercakap banyak dalam perbualan sebenarnya lebih kepada “circle” yang sedang kita bersama. Cuma apabila anda bersama lelaki, cuba jangan mendominasi sesuatu perbualan itu sehingga anda tahu topik itu adalah kesukaannya.

Ukur Jeans Di Badan Sendiri


DUNIA MASKULIN
Ukur Jeans Di Badan Sendiri
Jeans sememang pakaian popular untuk lelaki mahupun wanita. Jika perhatikan sekeliling, pastinya anda akan melihat ramai orang menggayakan jeans pelbagai potongan. Pemakaian jeans bukan sahaja terbatas untuk aktiviti atau gaya santai, tetapi ia sesuai dipakai pada bila-bila masa.
Walaupun ramai yang gemar memakai jeans, tetapi masih ada segelintir lelaki menggayakan jeans yang tidak sesuai dengan bentuk badan sendiri. Sekiranya anda penat dan tidak mahu membuang masa mencari sehelai jeans yang padan sempurna dengan tubuh, apa kata ikuti tip yang Maskulin berikan ini.
Pemilihan dan pembelian sehelai jeans anda akan menjadi lebih mudah.
Ketahui jenis potongan jeans:
1-Low riseJeans low-rise terletak di bawah garis pinggang. Jeans jenis ini terdapat dalam potongan straight cut, slim fit, bootleg dan wide leg. Jika tidak mahu bahagian perut terlihat, padankan jeans low-rise anda dengan kemeja yang sedikit panjang, dan jika anda mahu tampil lebih relaks, gayakan jeans low-rise anda itu dengan kemeja-T.
2-Wide legJeans wide-leg lazimnya terletak pada garis atau sedikit di bawah pinggang. Bahagian punggung dan paha lebih longgar. Biasanya jeans wideleg mempunyai poket yang dalam dan besar. Jeans jenis ini juga berpotongan lurus dan tirus dari bahagian paha hingga ke pergelangan kaki.
3-Flare cutJeans potongan ini sesuai untuk beberapa jenis bentuk tubuh. Biasanya ia akan terletak pada garis pinggang dan lebih longgar. Jeans flare cut secara asalnya direka untuk dipadankan dengan cowboy boots atau but koboi. Bagaimanapun flare cut sesuai dipakai untuk apa jua acara, sama ada ke pejabat atau ke temu janji romantik dengan insan tersayang. Mengapa ia dipanggil ‘flare’? Berdasarkan rekaan, jeans flare cut lebih lebar.
4-Straight cutPotongan jeans jenis klasik ini biasanya akan jatuh atau terletak pada garis pinggang. Straight cut akan kelihatan lebih langsing (slim) pada bahagian punggung dan paha. Apabila memakainya, ia akan menonjolkan potongan badan dan kaki kelihatan lebih panjang, serta lebih tirus sehingga bahagian pergelangan kaki.

6 Jenis lelaki tawan hati wanita

Isnin, 31 Ogos 2009

Semua orang tak kira gender pasti memiliki ciri-ciri idaman dalam misi memilih pasangan hidup. Ada yang demand tinggi, ada yang sederhana saja dan tak kurang sengaja tidak mahu memilih sangat (tapi tetap kena pilih juga).

Ada yang berkata, betapa bertuahnya seorang lelaki andai dia menjadi pilihan wanita yang diidamkan. Ironinya, seseorang wanita yang berpandangan jauh, sering kali mengetepikan soal paras rupa pasangannya. Sebaliknya apa yang penting ialah sikap dan kestabilan kewangan sang arjuna yang lebih menjamin masa hadapan. Ini FAKTA, bukan MITOS!

Di bawah ini merupakan kriteria yang paling ideal yang didambakan setiap wanita dalam memilih pasangan. Tetapi kriteria sebegini tidak boleh diwujudkan secara paksaan. Jadi untuk anda, jangan pula hendak mengada-adakan kriteria sebegini nescaya ia tidak akan berhasil. Let’s it come neutral, guys!

1) Lelaki Romantik
Anda mempercayai sifat romantik yang klasik itu mampu memacu kebahagiaan yang lebih jelas. Anda akan menghadiahkannya sejambak bunga dan sekotak coklat serta membawa si dia candle light dinner. Anda juga kerap menghubunginya semata-mata hendak memberitahu apakah yang anda lakukan dan fikirkan di saat itu. Apabila berhadapan dengannya, anda akan memandangnya jauh ke dalam matanya hingga menjangkau ke ruang hati. Biar si dia dapat merasai denyutan jantung dan nadi anda.

Mengapa si dia tertawan:
Setiap wanita menyenangi rasa dihargai, dan apabila suasana romantik dicetuskan oleh anda berjaya, ia akan membuahkan perasaan yang sukar untuk diterjemahkan dek kata-kata. Anda menggunakan kaedah romantik untuk menunjukkan bahawa hanya si dia sajalah yang anda cintai. Tetapi jangan lupa untuk membiarkan si dia turut mencipta irama romantisnya yang tersendiri sebagai salah satu bonus untuk memantapkan perhubungan anda berdua.

2) Lelaki berkeyakinan
Secara menyeluruh, dia seorang yang memiliki keyakinan yang tinggi dan mempunyai sifat keselamatan yang terjamin. Dia tidak gugup berada di khalayak ramai dan mampu menyerlahkan lagi aura kekuasaan serta kredibilitinya. Dalam hubungan percintaan, lelaki sebegini jarang meledak tahap cemburunya apabila melihat pasangannya berbual dengan lelaki lain. Dia juga tidak kisah sekiranya pasangannya mempunyai ramai kawan lelaki (ops! bukan kekasih gelap atau pun skandal).

Mengapa si dia tertawan:
Wanita lebih mudah tertarik kepada lelaki yang memiliki daya keyakinan yang tinggi. Fikirkan kenyataan ini: jika anda merasakan diri anda berkaliber, maka kemungkinan besar si dia juga berfikiran yang sama. Seseorang lelaki yang berkeyakinan tinggi tidak perlu meminta kebenaran dari seorang wanita di dalam membuat keputusan kerana pasti yakin dengan keputusan yang diambil itu bakal menyebelahi kedua belah pihak.

3) Lelaki artistik
Lelaki yang bersikap artistik selalunya mempunyai tindakan yang spontan dan lebih mewarnai kehidupan. Sering kali menggunakan daya kreativitinya dalam ‘membeli’ jiwa seorang wanita, seperti melukiskan potret si dia atau menulis lagu yang ditujukan khas buat si dia yang tersayang.

Mengapa si dia tertawan:
Setiap wanita sukakan perasaan yang unik dan istimewa. Tiada apa yang mampu membuatkan si dia tersenyum riang dan hatinya mekar berbunga apabila anda melakukan sesuatu yang sungguh bermakna dan istimewa. Lelaki yang bersifat artistik mempunyai ciri lain yang juga istimewa, antaranya karismatik dan bijak.