6 Jenis lelaki tawan hati wanita

Isnin, 31 Ogos 2009

Semua orang tak kira gender pasti memiliki ciri-ciri idaman dalam misi memilih pasangan hidup. Ada yang demand tinggi, ada yang sederhana saja dan tak kurang sengaja tidak mahu memilih sangat (tapi tetap kena pilih juga).

Ada yang berkata, betapa bertuahnya seorang lelaki andai dia menjadi pilihan wanita yang diidamkan. Ironinya, seseorang wanita yang berpandangan jauh, sering kali mengetepikan soal paras rupa pasangannya. Sebaliknya apa yang penting ialah sikap dan kestabilan kewangan sang arjuna yang lebih menjamin masa hadapan. Ini FAKTA, bukan MITOS!

Di bawah ini merupakan kriteria yang paling ideal yang didambakan setiap wanita dalam memilih pasangan. Tetapi kriteria sebegini tidak boleh diwujudkan secara paksaan. Jadi untuk anda, jangan pula hendak mengada-adakan kriteria sebegini nescaya ia tidak akan berhasil. Let’s it come neutral, guys!

1) Lelaki Romantik
Anda mempercayai sifat romantik yang klasik itu mampu memacu kebahagiaan yang lebih jelas. Anda akan menghadiahkannya sejambak bunga dan sekotak coklat serta membawa si dia candle light dinner. Anda juga kerap menghubunginya semata-mata hendak memberitahu apakah yang anda lakukan dan fikirkan di saat itu. Apabila berhadapan dengannya, anda akan memandangnya jauh ke dalam matanya hingga menjangkau ke ruang hati. Biar si dia dapat merasai denyutan jantung dan nadi anda.

Mengapa si dia tertawan:
Setiap wanita menyenangi rasa dihargai, dan apabila suasana romantik dicetuskan oleh anda berjaya, ia akan membuahkan perasaan yang sukar untuk diterjemahkan dek kata-kata. Anda menggunakan kaedah romantik untuk menunjukkan bahawa hanya si dia sajalah yang anda cintai. Tetapi jangan lupa untuk membiarkan si dia turut mencipta irama romantisnya yang tersendiri sebagai salah satu bonus untuk memantapkan perhubungan anda berdua.

2) Lelaki berkeyakinan
Secara menyeluruh, dia seorang yang memiliki keyakinan yang tinggi dan mempunyai sifat keselamatan yang terjamin. Dia tidak gugup berada di khalayak ramai dan mampu menyerlahkan lagi aura kekuasaan serta kredibilitinya. Dalam hubungan percintaan, lelaki sebegini jarang meledak tahap cemburunya apabila melihat pasangannya berbual dengan lelaki lain. Dia juga tidak kisah sekiranya pasangannya mempunyai ramai kawan lelaki (ops! bukan kekasih gelap atau pun skandal).

Mengapa si dia tertawan:
Wanita lebih mudah tertarik kepada lelaki yang memiliki daya keyakinan yang tinggi. Fikirkan kenyataan ini: jika anda merasakan diri anda berkaliber, maka kemungkinan besar si dia juga berfikiran yang sama. Seseorang lelaki yang berkeyakinan tinggi tidak perlu meminta kebenaran dari seorang wanita di dalam membuat keputusan kerana pasti yakin dengan keputusan yang diambil itu bakal menyebelahi kedua belah pihak.

3) Lelaki artistik
Lelaki yang bersikap artistik selalunya mempunyai tindakan yang spontan dan lebih mewarnai kehidupan. Sering kali menggunakan daya kreativitinya dalam ‘membeli’ jiwa seorang wanita, seperti melukiskan potret si dia atau menulis lagu yang ditujukan khas buat si dia yang tersayang.

Mengapa si dia tertawan:
Setiap wanita sukakan perasaan yang unik dan istimewa. Tiada apa yang mampu membuatkan si dia tersenyum riang dan hatinya mekar berbunga apabila anda melakukan sesuatu yang sungguh bermakna dan istimewa. Lelaki yang bersifat artistik mempunyai ciri lain yang juga istimewa, antaranya karismatik dan bijak.

0 ulasan: